Wahai hati, jangan lah bersedih,..sabar lah dengan dugaanNya. Sesungguhnya ada hikmah dengan tiap - tiap yang berlaku. Allah maha adil...bila dia tarik satu nikmat itu...sebenarnya dia nak bagi yang lebih baik selepas ini. Sesungguhnya sememangnya ku pohon dalam doaku setiap hari..jika dia buatku..permudahkanlah..jika bukan gantikan dengan yang lebih baik agar hati ini boleh melupakan dirinya buat selama - lamanya .
Tapi hati tetap degil...aku terluka...sakit..pedih..bagaimana untuk bertahan..Ya Allah..kau lah maha pengasih, maha penyayang...hanya kau saja yang tahu apa yang tersurat dan tersirat di hati ini..Bantulah hambamu ini Ya Allah...bantulah hambamu ini agar boleh bangkit kembali meneruskan perjuangan sebagai khalifah dimuka bumi ini. Tanpa kasih sayangmu..tidak mungkin hambamu ini mampu meredah segala cubaan dan dugaan yang datang tanpa henti.
Ya Allah Ya tuhanku...gantikanlah yang telah hilang, tumbuhkanlah yang telah patah...janganlah kau biarkan hambamu ini bersendirian meneruskan kehidupan ini. Ya Allah..kau hilangkan kasihku, sayangku padanya..campakkan jauh ingatanku padanya...hingga ke dasar lautan.
Ya Allah....tiada dendam di hati ini...namun untuk memaafkan buat masa ini itulah yang paling sukar dilakukan..mungkin satu hari nanti. Wahai teman, fahamilah...aku juga manusia biasa..ketika ini biarkan ku cuba megutip yang telah hancur berkecai..adakah dapat dicantum semula hati ini..hanya Allah sahaja yang tahu...terima kasih kerna hadir dalam hidup ini.....dan terima kasih kerana memberi harapan seketika walau telah cuba kusampaikan..ku pernah cuba melupakanmu....terima kasih untuk segalanya. Wahai teman, maafkan daku kiranya kini ku tak mampu mendoa kan kesejahteraanmu...ku tak mampu mensedekahkan AlFatihah buatmu seperti selalu...maafkan daku..kerna ku tak mampu...
Jangan bersedih karena ditinggalkan seseorang yang tidak mencintaimu, Karena kamu hanya kehilangan orang yg tidak mencintaimu, sedangkan ia kehilangan orang yg telah mencintainya. - Anonim
No comments:
Post a Comment